AHLAN WASAHLAN...TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG AYSHAZURA AL-FATEH

Monday, February 14, 2011

WARKAH 8 : MAULIDUR RASUL vs HARI MEMPERINGATI KEKASIH



"huh,kalu valentine's day,cepat je ingat..tapi bab2 hari ibu ke hari bapa ke,takde maknanya nak ingat"..Kata-kata yang sering menyentuh peluput telinga saya dan hati saya terus memproses peratusan kebenarannya..Bila difikir-fikirkan,ada kebenarannya..


Rasanya kat luar sana pun dah ramai yang memberi nasihat agar tidak disambut hari kekasih ni..Tapi tulah orang kata,hati manusia ni bila dah keras,what can we do?

Si pemberi nasihat tu bukanlah magician utk mengubah hati seseorang,tetapi individu tulah yang sewajarnya menyedari hakikat di sebalik larangan menyambut hari kekasih..

Banyak kesan negatif yang kita dapat perhatikan melalui sambutan perayaaan ini kerana ketika inilah ramai di kalangan belia khususnya remaja Islam mula menagih kasih, meluahkan perasaan kasih antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram serta mula melakukan perkara-perkara maksiat sehingga pengakhirannya adalah melalui perzinaan demi membuktikan rasa cinta dan kasih sayang yang didambakan sebelum ini.

Ini jelaslah menunjukkan bahawa kita semua sebagai generasi hari ini perlulah sedar dari lamunan mimpi agar tidak terpengaruh dengan tingkahlaku atau menyambut perayaan yang berunsurkan selain prinsip-prinsip Islam. Islam adalah sebuah agama yang syumul dan Islam sama sendiri tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya tetapi bagi meluahkan rasa kasih sayang itu perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Malah terlalu banyak dalam al-Quran dan hadis menyatakan hikmah berkasih-sayang.

Firman Allah di dalam Surah al-Anfal ayat 63 yang bermaksud :

Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana"

Sumber Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan “Daripada Valentinemu”. Maka semenjak itu orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.

Jelaslah bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad s.a.w., wajarkah kita merayakan hari kekasih ini?, patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan?. Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain.

Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya:"Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”.

Apa yang lebih menyedihkan akibat dari merayakan sambutan hari-hari seperti ini remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh 9 tahun tersebut.

Jumlah yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya mengundang rasa bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam. Jumlah itu membawa purata sebanyak 28,601 orang bayi setiap tahun. Sedarlah! segalanya ini bermula dengan gaya hidup barat yang songsang, yang telah

diterima dalam masyarakat kita.

Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya "Hari Kekasih"yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.

Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka ,ramai dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bertentangan dengan ajaran Islam dan budi pekerti mulia. Harus diingat, meniru budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahuilatarbelakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak umat Islam, bahkah boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka. OIeh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikut landasan Islam yang sebenar. Bukankah lebih baik kita mengamalkan adat dan budaya kita yang sopan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Hari ini adalah hari maulidur rasul..mungkin ada hikmahnya tarikh ini berdekatan.Muhasabahlah diri kita sejauh mana kasih dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW?dan sejauh mana kasih sayang kita pada pemilik nyawa kita iaitu Allah SWT?

‎"Andai dihitung kasih sayang seluruh umat Baginda, tidak akan mampu menandingi cinta dan kasih Baginda terhadap umatnya.."


Alangkah Indahnya Hidup ini

Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu

Kan Pasti Mengalir Air Mataku

Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Terimalah Kami Sebagai Umatmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Kurniakanlah Syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad

Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim


perbanyakkanlah berselawat kepada baginda sementara hayat masih ada...


Salam Maulidur Rasul...Muhammad the Chosen One...


Salam Ikhlas,

Hamba yang fakir lagi hina di sisi Allah

No comments:

Post a Comment