AHLAN WASAHLAN...TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG AYSHAZURA AL-FATEH

Monday, February 14, 2011

WARKAH 8 : MAULIDUR RASUL vs HARI MEMPERINGATI KEKASIH



"huh,kalu valentine's day,cepat je ingat..tapi bab2 hari ibu ke hari bapa ke,takde maknanya nak ingat"..Kata-kata yang sering menyentuh peluput telinga saya dan hati saya terus memproses peratusan kebenarannya..Bila difikir-fikirkan,ada kebenarannya..


Rasanya kat luar sana pun dah ramai yang memberi nasihat agar tidak disambut hari kekasih ni..Tapi tulah orang kata,hati manusia ni bila dah keras,what can we do?

Si pemberi nasihat tu bukanlah magician utk mengubah hati seseorang,tetapi individu tulah yang sewajarnya menyedari hakikat di sebalik larangan menyambut hari kekasih..

Banyak kesan negatif yang kita dapat perhatikan melalui sambutan perayaaan ini kerana ketika inilah ramai di kalangan belia khususnya remaja Islam mula menagih kasih, meluahkan perasaan kasih antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram serta mula melakukan perkara-perkara maksiat sehingga pengakhirannya adalah melalui perzinaan demi membuktikan rasa cinta dan kasih sayang yang didambakan sebelum ini.

Ini jelaslah menunjukkan bahawa kita semua sebagai generasi hari ini perlulah sedar dari lamunan mimpi agar tidak terpengaruh dengan tingkahlaku atau menyambut perayaan yang berunsurkan selain prinsip-prinsip Islam. Islam adalah sebuah agama yang syumul dan Islam sama sendiri tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya tetapi bagi meluahkan rasa kasih sayang itu perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Malah terlalu banyak dalam al-Quran dan hadis menyatakan hikmah berkasih-sayang.

Firman Allah di dalam Surah al-Anfal ayat 63 yang bermaksud :

Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana"

Sumber Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan “Daripada Valentinemu”. Maka semenjak itu orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.

Jelaslah bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad s.a.w., wajarkah kita merayakan hari kekasih ini?, patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan?. Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain.

Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya:"Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”.

Apa yang lebih menyedihkan akibat dari merayakan sambutan hari-hari seperti ini remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh 9 tahun tersebut.

Jumlah yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya mengundang rasa bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam. Jumlah itu membawa purata sebanyak 28,601 orang bayi setiap tahun. Sedarlah! segalanya ini bermula dengan gaya hidup barat yang songsang, yang telah

diterima dalam masyarakat kita.

Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya "Hari Kekasih"yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.

Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka ,ramai dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bertentangan dengan ajaran Islam dan budi pekerti mulia. Harus diingat, meniru budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahuilatarbelakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak umat Islam, bahkah boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka. OIeh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikut landasan Islam yang sebenar. Bukankah lebih baik kita mengamalkan adat dan budaya kita yang sopan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Hari ini adalah hari maulidur rasul..mungkin ada hikmahnya tarikh ini berdekatan.Muhasabahlah diri kita sejauh mana kasih dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW?dan sejauh mana kasih sayang kita pada pemilik nyawa kita iaitu Allah SWT?

‎"Andai dihitung kasih sayang seluruh umat Baginda, tidak akan mampu menandingi cinta dan kasih Baginda terhadap umatnya.."


Alangkah Indahnya Hidup ini

Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu

Kan Pasti Mengalir Air Mataku

Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Terimalah Kami Sebagai Umatmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Kurniakanlah Syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad

Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim


perbanyakkanlah berselawat kepada baginda sementara hayat masih ada...


Salam Maulidur Rasul...Muhammad the Chosen One...


Salam Ikhlas,

Hamba yang fakir lagi hina di sisi Allah

Tuesday, December 7, 2010

WARKAH 7 : MAKANAN DAN PEMAKANAN ~ ANTARA PERSPEKTIF SAINTIFIK DAN ISLAM


Assalamualaikum,salam maal hijrah 1432 H...

Pagi tadi,alhamdulillah dapat ilham utk menulis tentang pemakanan. Dulu selepas tamat belajar matrikulasi, ada juga cita-cita nak jadi pakar pemakanan..

Pakar?

Ya,mestilah,kalau boleh biarlah kita pakar dalam segala perkara kebaikan..Kita perlu sedar,kita tak mungkin mampu menguasai semua perkara melainkan biiznillah..Tapi sedar mahupun tidak,ketidakmampuan kita itu juga dengan izin Allah SWT..Satu lagi,saya suka menyebut kata2 ini..

"Kita perlu sedar,kadang kala ada benda kita tak boleh buat semua, kalau tak boleh buat semua, jangan tak buat langsung "


Baiklah,kembali kepada topik iaitu tentang pemakanan. Petua orang tua-tua, untuk kekal sihat, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam ISLAM untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.Teringat waktu tadika hinggalah sekolah menengah, bonda tersayang pasti takkan lupa menyediakan sarapan pagi..Sekarang di alam u, kenalah sediakan sendiri..=)

syukran ummi!

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat).Ada yang stay up study sampai pagi hinggakan tak larat nak bangun utk sarapan..Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Jika ilmu adalah makanan jiwa,maka sarapan adalah makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi radix..=)

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Lagipun,mereka dah terbiasa dengan zaman2 muda dulu iaitu tidak kerap bersarapan..Sebab itulah dikatakan tabiat.Memang sukar utk diubah..Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk. Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul. Roti dan secawan radix..hanya 5 minit je kan? Paling mantap sekali, ada yang bersarapan dengan maggi..ish2..Memang "berkhasiat" sangat...

Awal tahun hijrah ini, ada baiknya jika kita memulakan azam dengan salah satu tabiat baik yang baru iaitu dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang! InsyaAllah, you'll find your way =) Ikut pada kreativiti masing2..Jika sarapan dengan kurma dan segelas air pun alhamdulillah..dah kira ok la tu..Alhamdulillah,ada juga rezeki kita...

Selain itu, pastikan adab makan kita bertepatan dengan adab islam..Kita,bila mahu berbuat sesuatu, biarlah sempurna tak kiralah sama ada bab makan dsb. Bila diniatkan kerana Allah,makan juga menjadi ibadah...Betapa Allah SWT Maha Pemurah...Makan pun dapat pahala.

Antaranya,

# Cuci tangan sebelum makan

# Usahakan makan dengan berjamaah

# Pada saat makan gunakan tangan kanan

# Memulai makan dengan mengucapkan Bismillah(klu blh + doa makan).


# Hendaknya mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah.

# Hendaknya makan dengan menggunakan tiga jari tangan kanan. Hendaknya menjilati jari jemarinya sebelum dicuci

# Jangan makan sambil berdiri, berjalan-jalan atau sambil tidur-tiduran

# Tidak boleh mencela makanan

# Tidak boleh berlebihan ketika makan (makan utk hidup,bukan hidup untuk makan), termasuk menu yang terlalu banyak

# Tidak makan disembarang tempat, usahakan tempat yang tertutup .kanan yang bagaimana baik utk kita?

Pernah tengok rancangan Ilmuwan Islam TV3 dulu?

Antaranya Ibn Sina, Ibn Khaldun dan byk lagi la..

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Di sini juga saya lampirkan tentang makanan yang sihat mengikut perspektif Islam.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH : KOKTEL

1. JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
2. TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... sahabat2 cubalah..
Ianya tidaklah dalam jangka masa terdekat ini.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


Sarjana Islam juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti:

Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).



Dan bagi orang Islam, pastikan makanan halalan toyyiba! =)


Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.

p/s: Sampaikan walau sepatah.

Wallahua'lam



Wednesday, December 1, 2010

WARKAH 6 : SIAPA MAHER ZAIN DI HATI MUSLIMAT?


Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik.

Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.

Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?

Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah?

Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.

Dimanakah malu seorang muslimah?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."

Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?

Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.

Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?

Wahai muslimah,

Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.

Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." - Riwayat al-Thabarani

Sebahagian pembaca silap faham dengan berita yang dibawa. Teguran yang kami ingin tekankan adalah muslimat yang menjerit-jerit ketika konsert.

Ayat "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik" adalah ayat pendahuluan.

Penekanan berita ini adalah "bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?" sepertimana tajuk berita "apabila muslimah terjerit-jerit semasa konsert Maher Zain."

Namun bagi mengelakkan salah faham akan datang, ayat pendahuluan disunting menjadi "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik."

Kami mencadangkan agar untuk konsert-konsert Islam seperti ini, para penganjur atau artis itu sendiri perlu mengingatkan penonton agar menjaga akhlak.

Moga-moga konsert seumpama itu mampu melahirkan keinsafan di kalangan penonton dan bukan sekadar menjadi medan melepaskan rindu kepada artis. - Editor I LUV ISLAM

WARKAH 5 : UMMUL MUKMININ AISYAH HUMAIRA

Rasulullah SAW membuka lembaran kehidupan rumah tangganya dengan Aisyah r.a yang telah banyak dikenal. Ketika wahyu datang pada Rasulullah SAW, Jibril membawa kabar bahwa Aisyah adalah isterinya didunia dan diakhirat, sebagaimana diterangkan didalam hadits riwayat Tirmidzi dari Aisyah r.a, Jibril datang membawa gambarnya pada sepotong sutra hijau kepada Nabi SAW, lalu berkata.' Ini adalah istrimu didunia dan di akhirat." Dialah yang menjadi sebab atas turunnya firman Allah SWT yang menerangkan kesuciannya dan membebaskannya dari fitnah orang-orang munafik.

Aisyah dilahirkan empat tahun sesudah Nabi SAW diutus menjadi Rasul. Semasa kecil dia bermain-main dengan lincah, dan ketika dinikahi Rasulullah SAW usianya belum genap sepuluh tahun. Dalam sebahagian besar riwayat disebutkan bahawa Rasulullah SAW membiarkannya bermain-main dengan teman-temannya. Dua tahun setelah wafatnya Khadijah r.a datang wahyu kepada Nabi SAW untuk menikahi Aisyah r.a. Setelah itu Nabi SAW berkata kepada Aisyah, " Aku melihatmu dalam tidurku tiga malam berturut-turut. Malaikat mendatangiku dengan membawa gambarmu pada selembar sutra seraya berkata,' Ini adalah istrimu.' Ketika aku membuka tabirnya, tampaklah wajahmu. Kemudian aku berkata kepadanya,' Jika ini benar dari Allah SWT , niscaya akan terlaksana."

Mendengar kabar itu, Abu Bakar dan isterinya sangat senang, terlebih lagi ketika Rasulullah SAW setuju menikahi putri mereka, Aisyah. Beliau mendatangi rumah mereka dan berlangsunglah pertunangan yang penuh berkah itu. Setelah pertunangan itu, Rasulullah SAW hijrah ke Madinah bersama para sahabat, sementara isteri-isteri beliau ditinggalkan di Makkah. Setelah beliau menetap di Madinah, beliau mengutus orang untuk menjemput mereka, termasuk didalamnya Aisyah r.a. Dengan izin Allah SWT menikahlah Aisyah dengan mas kawin 500 dirham.

Aisyah tinggal dikamar yang berdampingan dengan Masjid Nabawi. Dikamar itulah wahyu banyak turun, sehingga kamar itu disebut juga sebagai tempat turunnya wahyu. Dihati Rasulullah SAW, kedudukan Aisyah sangat istimewa, dan tidak dialami oleh isteri-isteri beliau yang lain. Didalam hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dikatakan, " Cinta pertama yang terjadi didalam Islam adalah cintanya Rasulullah SAW kepada Aisyah r.a."

Didalam riwayat Tirmidzi dikisahkan "Bahawa ada seseorang yang menghina Aisyah dihadapan Ammar bin Yasir sehingga Ammar berseru kepadanya,' Sungguh celaka kamu. Kamu telah menyakiti isteri kecintaan Rasulullah SAW." Sekalipun perasaan cemburu isteri-isteri Rasulullah SAW terhadap Aisyah sangat besar, mereka tetap menghargai kedudukan Aisyah yang sangat terhormat. Bahkan ketika Aisyah wafat, Ummu Salamah berkata, 'Demi Allah SWT, dia adalah manusia yang paling beliau cintai selain ayahnya (Abu Bakar)'.

Di antara isteri-isteri Rasulullah SAW, Saudah bin Zum`ah sangat memahami keutamaan-keutamaan Aisyah, sehingga dia merelakan seluruh malam bahagiannya untuk Aisyah. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa Aisyah sangat memperhatikan sesuatu yang menjadikan Rasulullah SAW rela. Dia menjaga agar jangan sampai beliau menemukan sesuatu yang tidak menyenangkan darinya. Karena itu, salah satunya, dia senantiasa mengenakan pakaian yang bagus dan selalu berhias untuk Rasulullah SAW. Menjelang wafat, Rasulullah SAW meminta izin kepada isteri-isterinya untuk beristirahat dirumah Aisyah selama sakitnya hingga wafat.

Dalam hal ini Aisyah berkata, "Merupakan kenikmatan bagiku karena Rasulullah SAW wafat dipangkuanku." Bagi Aisyah, menetapnya Rasulullah SAW selama sakit dikamarnya merupakan kehormatan yang sangat besar karena dia dapat merawat beliau hingga akhir hayat. Rasulullah SAW dikuburkan dikamar Aisyah, tepat ditempat beliau meninggal. Sementara itu, dalam tidurnya, Aisyah melihat tiga buah bulan jatuh ke kamarnya. Ketika dia memberitahukan hal ini kepada ayahnya, Abu Bakar berkata, "Jika yang engkau lihat itu benar, maka dirumahmu akan dikuburkan tiga orang yang paling mulia dimuka bumi." Ketika Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar berkata, "Beliau adalah orang yang paling mulia diantara ketiga bulanmu." Ternyata Abu Bakar dan Umar dikubur dirumah Aisyah.

Setelah Rasulullah SAW wafat, Aisyah senantiasa dihadapkan pada cobaan yang sangat berat, namun dia menghadapinya dengan hati yang sabar, penuh kerelaan terhadap taqdir Allah SWT dan selalu berdiam diri didalam rumah semata-mata untuk taat kepada Allah SWT. Rumah Aisyah senantiasa dikunjungi orang-orang dari segala penjuru untuk menimba ilmu atau untuk berziarah kemakam Nabi SAW.

Ketika isteri-isteri Nabi SAW hendak mengutus Uthman menghadap khalifah Abu Bakar untuk menanyakan harta warisan Nabi SAW yang merupakan bahagian mereka, Aisyah justeru berkata, "Bukankah Rasulullah SAW telah berkata, 'Kami para nabi tidak meninggalkan harta warisan. Apa yang kami tinggalkan itu adalah sedekah." Dalam penetapan hukum pun, Aisyah kerap langsung menemui wanita-wanita yang melanggar syariat Islam. Didalam Thabaqat, Ibnu Saad mengatakan bahawa Hafshah binti Abdurrahman menemui Ummul Mukminin Aisyah r.a. Ketika itu Hafshah mengenakan kerudung tipis.

Secepat kilat Aisyah menarik kerudung tersebut dan menggantinya dengan kerudung yang tebal. Aisyah tidak pernah mempermudah hukum kecuali jika sudah jelas dalilnya dari Al Qur`an dan Sunnah. Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW sehingga banyak menyaksikan turunnya wahyu kepada beliau. Aisyah pun memiliki kesempatan untuk bertanya langsung kepada Rasulullah SAW jika menemukan sesuatu yang belum dia pahami tentang suatu ayat. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa ia memperoleh ilmu langsung dari Rasulullah SAW. Aisyah termasuk wanita yang banyak menghafalkan hadits-hadits Nabi SAW, sehingga para ahli hadits menempatkan dia pada urutan kelima dari para penghapal hadits setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik dan Ibnu Abbas.

Dalam hidupnya yang penuh dengan jihad, Sayyidah Aisyah wafat pada usia 66 th, bertepatan dengan bulan Ramadhan,th ke-58 H, dan dikuburkan di Baqi`. Kehidupan Aisyah penuh dengan kemuliaan, kezuhudan, ketawadhuan, pengabdian sepenuhnya kepada Rasulullah SAW, selalu beribadah serta senantiasa melaksanakan shalat malam. Selain itu, Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sehingga didalam rumahnya tidak akan ditemukan wang satu dirham atau satu dinar pun. Dimana sabda Rasulullah SAW, "Berjaga dirilah engkau dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma." (HR. Ahmad )

Sumber: Siti Aisyah Bt. Abu Bakar R.A

Thursday, November 18, 2010

WARKAH 4 : PENGORBANAN HANYA DI AIDILADHA?


BismillahirRahmanirRahim...

Salam aidiladha buat muslimin dan muslimat si seluruh antero dunia..
Walaupun ini kali pertama tidak pulang beraya ke kampung halaman,jauh di sudut hati mengucapkan alhamdulillah..syukur Ya Allah..
Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang oleh Allah SWT utk menyambut hari mulia ini dan sembahyang hari raya,bukan sekadar menyambut sebenarnya tetapi juga menghayati kenikmatan istilah pengorbanan itu sendiri.

Teringat juga sewaktu kecil dulu,zaman muda muda dulu,bile sebut raya korban ,automatik dalam kepala tergambar kerbau dan lembu yang akan menjadi pelengkap ibadah korban..sekarang alhamdulillah bila dah meningkat dewasa barulah mengerti apa erti pengorbanan yang sebenarnya..ianya bukan setakat sembelih lembu dll..Namun yang demikian,tidaklah dapat saya ukur sendiri sejauh mana saya mengerti erti pengorbanan yg sebenarnya dan sejauh mana pengorbanan yang telah saya lakukan dalam segenap aspek kebaikan kerana Allah MAha Mengetahui..InsyaAllah segala amal kebaikan walaupun sebesar zarah akan dibalas dengan ganjaran pahala..Mudah-mudahan..


Marilah kita menghayati erti pengorbanan dengan mengamalkan sikap suka berkorban dalam apa jua bidang bila diperlukan. Sesungguhnya betapa mulianya bila kita membudayakan sikap suka berkorban berdasarkan kemampuan masing-masing terutamanya demi kemaslahatan ummah sejagat seperti :

1. Pengorbanan ilmu bagi orang yang berilmu dalam usaha membina ketamadunan ummah.
2. Pengorbanan akal fikiran dalam melahirkan masyarakat yang bijaksana.
3. Pengorbanan harta benda dan tenaga bagi membantu orang yang memerlukan bantuan sebagai usaha bagi mewujudkan hubungan baik dengan sesama manusia.
4. Pengorbanan masa untuk melaksanakan perintah Allah walau dalam apa keadaan sekalipun bagi memelihara hubungan baik dengan Allah Taala.
5. Pengorbanan jiwa dan raga sebagaimana yang dilakukan oleh angkatan tentera demi menjaga keamanan dan keselamatan negara serta masyarakat.

Semua bentuk pengorbanan tersebut sangat dituntut dalam Islam demi kesinambungan hidup dan kesejahteraan ummah di dunia dan di akhirat sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah : ayat 272 :

“……… dan apa sahaja harta yang halal yang kamu belanjakan ( pada jalan Allah), maka (faedah dan pahalanya) itu untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidak mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”

Oleh itu, marilah kita bermuhasabah tentang apakah bentuk pengorbanan yang mampu kita lakukan?. Adalah ianya merupakan sesuatu perkara yang amat kita sayangi? Jawapannya hanya pada diri masing-masing kerana kita semua pastinya tahu di mana letaknya kekuatan dan kemahuan kita untuk melakukan pengorbanan demi kepentingan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Mudah-mudahan kita semua dapat menyedari dan berusaha mencontohi pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. bersama anaknya. Itulah satu-satunya contoh yang tidak ada tolak bandingnya di dalam sejarah kehidupan manusia di dunia ini. Seseorang ayah sanggup mengorbankan anak kesayangannya demi melaksanakan perintah Allah walaupun perbuatan itu bertentangan dengan jiwa dan kemahuannya. Akan tetapi demi ketaqwaan dan ketaatannya kepada Allah Taala mengatasi segala-galanya, maka ia bersedia melaksanakan perintah tersebut dengan penuh kesabaran dan ketakwaan. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah Taala dan kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur...
Di sini saya titipkan beberapa hadis yang berkaitan dengan ibadah korban...
Silakan menegur jika ada kesilapan..
Semoga bermanfaat kepada kita semua..InsyaAllah

1. Rasulullah ﷺ pernah menyuruh Fatimah melihat binatang korbannya ketika disembelih. Baginda bersabda yang bermaksud: “Pergilah engkau melihat binatang korbanmu, sesungguhnya titis darahnya yang pertama itu ALLAH akan ampunkan dosa-dosamu yang terdahulu". Lalu Fatimah bertanya: "Ini untuk kita Ahlul Bait saja atau juga untuk semua orang Islam? Kemudian Rasulullah ﷺ menjawab:"Bahkan untuk kita dan semua orang Islam".


2.Maksud Firman Allah: " Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berqurbanlah" (al-Kautsar: 3 ).

2.Dari 'Aisyah r.a., Nabi SAW telah bersabda ( Terjemahan ): Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh menusia pada Hari Raya Qurban, lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu Hari Qiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu. (H.R. Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim).


Terima kasih atas kesudian membaca
Semoga berjumpa lagi di lain masa
Wassalam

Monday, November 8, 2010

WARKAH 3 : Permata Ayah Bonda


Permata Ayah Bonda

Album : Keampunan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com




Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara

Saturday, November 6, 2010

WARKAH 2 : Wanita,kau istimewa..

KELEBIHAN SEORANG WANITA

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaatsolat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaanletih akan mendapat pahala jihad. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesakerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dankemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awaldaripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanitaitu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggangkuda yang dibuat daripada yakut. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjagaanak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerahsusu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itudengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.




Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yangbersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan padasatu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalammasa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberisusu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahunsolat dan puasa. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasukisyurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitumemakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Credit: Posted 01 September 2010 - 02:06 PM
by NorAidahZahari dari laman http://komuniti.iluvislam.com